
Telefon telah banyak mengubah kehidupan kita dengan kewujudan pelbagai aplikasi seperti WhatsApp dan mesej multimedia. Fungsinya bukan lagi menjadi telefon biasa sebaliknya telah menjadi telefon pintar dengan pelbagai kemudahan.
Hal itu juga mengubah soal keselamatan jalan raya dan menjadi cukup berbahaya apabila kita menggunakannya untuk melayari laman sosial, mengambil gambar, atau mencari lokasi ketika sedang memandu mahupun menunggang motosikal.
Telefon punca kemalangan
Menulis atau `bergayut’ di telefon ketika kesesakan lalu lintas memang boleh hilangkan bosan tetapi buruk padahnya jika malang berlaku atas kecuaian sendiri. Contohnya, Ia mengambil masa hanya beberapa saat untuk menghantar mesej teks. Yang mungkin tidak kelihatan seperti masa yang lama, tetapi apabila mata anda di luar jalan raya dan memberi tumpuan kepada telefon anda, akibatnya boleh membawa maut.
Oleh itu, sudah banyak kes kemalangan yang kita dengar di televisyen dan baca di akhbar berlaku disebabkan kecuaian sendiri. Antara puncanya termasuklah leka membalas SMS (sistem pesanan ringkas) atau bercakap melalui telefon ketika memandu. Walaupun berbuih mulut mengingatkan bahayanya bertelefon ketika memandu, namun budaya ini tidak pernah luput dalam kalangan masyarakat.
Kereta ada tapi lesen kena gantung
Remaja terdedah kepada risiko kemalangan memandangkan golongan itu adalah pelayar laman sosial paling aktif di samping pengguna perkhidmatan SMS yang paling tinggi. Dengan itu, tindakan mengenakan kompaun serta digantung lesen oleh pihak berkuasa sama ada sementara atau serta-merta dibatalkan.
Sekiranya kelajuan kereta kurang daripada 20km/j, mungkin risiko menyebabkan kemalangan maut bagi pemandu agak tipis tetapi masih membahayakan nyawa orang lain terutama pemandu motosikal.
Logiknya, apabila leka `membelek’ telefon, ia secara tak langsung mengganggu tumpuan ketika memandu. Apatah lagi jika kereta dipandu laju, bahaya akan wujud di sekeliling kita. Walau apa juga kes kemalangan ngeri dilaporkan, namun budaya ini masih tidak dapat dilupuskan dalam kalangan masyarakat.
Jelas di sini, diri sendiri yang mendorong kepada kecuaian. Kegilaan menjawab SMS dan berinteraksi melalui laman sosial melalui telefon bimbit menjadi satu budaya dalam kalangan orang ramai, apatah lagi ketika sedang memandu.
Keadaan berbeza jika kita dapat menghidu malapetaka yang datang, pasti kita akan menjadi terlalu berhati-hati hinggakan sanggup digelar manusia paling sopan di dunia. Tak kiralah ketika memandu atau berjalan kaki, sikap peka akan meningkat berkali ganda. Peringatan kepada pemandu diluar sana, nak berpesan-pesan ni. Lepas ni bertimbang rasa dan memandulah dengan berhemah.
Bahaya seperti bom
Telefon bimbit umpama bom jangka yang boleh meletup pada bila-bila masa untuk meragut nyawa pemandu dan penumpang kenderaan – Ketua Polis Keningau, DSP Zahari pada (2010)
————————————————————————————————————————————
Keep your eyes on the road, not on the hand
Mobile phones have changed our lives in the presence of a variety of applications such as WhatsApp and multimedia messages. Its function is no longer a regular phone otherwise have become Smartphone with various facilities.
It also changed the question of road safety and to be quite dangerous when we use it to browse the social networking site, taking pictures, or find locations while driving or riding a motorcycle.
Telephone cause an accident
Typing or “chit chat” on the phone while traffic jams but it can eliminate bored own peril if the unfortunate happens self-negligence. Example, It takes only seconds to send a text. That may not seem like a long time, but when your eyes are off the road and focused on your phone, the consequences can be deadly
Therefore, many accidents we hear on TV and read in the press due to their own negligence. Some of the causes include complacent reply to an SMS (short messaging system) or talk on the phone while driving. Although again and over again remind the dangers on the phone while driving, but it never be the ends of culture in society.
Own cars but license is suspended
Teens are exposed to the risk of accidents as they are the most active social media browser in addition to the SMS service as the highest users. Thus, the actions are to compound and suspended the license by the authorities either temporary or immediately canceled.
If the car speed is less than 20km/j, possible risk of causing a fatal accident for the driver a bit thin but still endanger the lives of others, especially the motorcycle driver.
Logically, when you spend lots of time through phone, it indirectly distracting while driving. Especially if the car is driven at high speed, the danger would exist around us. Regardless of the horrific accident cases were reported, but the culture is still not disposed of in the community.
Clearly, self-carelessness drives to negligence. Insanity answers SMS and interacts through social networking sites via mobile phone to become a culture among the public, especially when you’re driving.
The situation is different if we could smell the coming catastrophe, we would certainly be too cautious man till he would be held most courteous in the world. It does not matter when driving or walking, conscious attitude will increase manifold. Reminder to all drivers out there, I would like to exhort one to another. After this, be thoughtful and drive with prudence
Danger same as bombs
The handset is like a time bomb that could explode at any time for killing the driver and passenger vehicles – Keningau police chief DSP Zahari on (2010)